bunga berguguran

Selasa, 18 Oktober 2011

Rancangan Pengajaran Harian ( Teknologi Sekolah Rendah )



                                                      PENDIDIKAN KESIHATAN





Video tentang amalan kebersihan.

RUZIAH BINTI MUSTAJAB                         D20102042817

Rancangan Pengajaran Harian. 

Matapelajaran       : Pendidikan Kesihatan.
Tahun                    :  2 Mawar
Bilangan Murid     : 32 orang
Masa                      : 30 minit.
Tema                      : Penyakit Berjangkit.
Tajuk                      : Penyakit Berjangkit Dan Langkah Mencegah

Kemahiran              :3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara  mencegah serta 
                                        mengelak  risiko penyakit dalam kehidupan seharian.

                              3.1.6 Menyatakan langkah-langkah yang  perlu diambil atau   
                                      diawasi    jika mengalami penyakit tidak berjangkit.
Pengetahuan Sedia Ada: Murid telah mempelajari tajuk ini  pada tahun 1.
Objektif                         : Pada akhir pengajaran dan  pembelajaran murid dapat :
1.   Menyatakan tanda- tanda penyakit tidak berjangkit
                                                   2.   Murid mengambil langkah untuk mengatsi masalah  
                                                        penyakit    tidak berjangkit.

Pencapaian               :  30/32 murid dapat menyatakan tanda-  tanda dan menyatakan  
                                      langkah mengatasi  masalah penyakit tidak berjangkit.
Penggabungjalinan  :  PSV , Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Penyerapan               : Nilai  menjaga kebersihan



Isi Pelajaran
                              Aktiviti P&P
Catatan
Set induksi
(3minit)
1. Murid diminta melihat video dan bersama- sama   menyanyikan  lagu tersebut.
2. Soal jawab secara lisan berkatan amalan baik daripada video tersebut.
3.Guru mengaitkan lagu tersebut dengan pelajaran hari ini.
Merentas nilai:
KBT.
BBM: ICT(Power Point)

Langkah 1
(8 minit )

1.Guru memaparkan gambar menggunakan slaid    penyakit- penyakit tidak berjangkit dan meminta murid   menyatakan jenis penyakit.
2.Guru bersoal jawab dengan murid tanda- tanda  penyakit  tidak berjangkit .
3. Guru menunjukkan tanda- tanda penyakit tidak   berjangkit menggunakan power point.
4.Guru menerangkan langkah- langkah  mengatasi   masalah penyakit tidak berjangkit.

BBM: ICT(Power Point)
hiperlink
Langkah 2
(8minit )
1.Guru meminta murid  memadankan gambar dengan  pernyataan   yang betul menggunakan kumputer.
2.Guru meminta murid melakukan aktiviti permainan  surat. Murid membuka samul surat dan membaca kad perkataan  tanda- tanda penyakit.
Power Point
Pengukuhan
(8minit )
1.Guru meminta murid         
   melengkapkan        
   lembaran   kerja .
Power Point
Penggulungan
(3 minit )
1.Rumusan tajuk pelajaran   
   dan penerapan nilai    murni.







    Refleksi
                Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan microteaching ialah penggunaan bahan bantu mengajar yang  menarik . Bahan bantu belajar yang bersesuaian dengan tajuk dapat menarik minat murid untuk menakul pengajaran guru. Bahan bantu mengajar yang  tidak menarik  yang digunakan menyebabkan murid cepat bosan dan hilang tumpuan . Sebaliknya ,jika penggunaan  ICT digunakan dan disertai didik hibur,  murid lebih tertarik dan seronok.
                   Selain itu, ketegasan dan kelantangan suara juga memainkan peranan penting. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini kemusian akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada guru.
           Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.
                  KELEMAHAN
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan microteaching ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.
            Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga, guru dapat membantu murid dengan lebih dekat. 
                 LANGKAH MENGATASI
Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan microteaching, penambah baikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di dalam kelas. Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses PnP. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.
haman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses PnP di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.



Contoh Lembaran Kerja.

 
LEMBARAN KERJA
PENDIDIKAN KESIHATAN
Nama : .....................................                                                                      Tarikh : ......................
Tuliskan tanda-tanda penyakit tidak berjangkit di dalam ruangan yang disediakan.


PENYAKIT
TANDA-TANDA

Ketumbit Mata

1.   _________________________________________________
_________________________________________________
2.   _________________________________________________
_________________________________________________

Hidung Berdarah

1.     _________________________________________________
_________________________________________________


Sakit Telinga

1.   _________________________________________________
_________________________________________________


 2.  _________________________________________________
_________________________________________________
Ekzema


 1.  _________________________________________________
_________________________________________________
2.   _________________________________________________
_________________________________________________

Alahan


1.   _________________________________________________
_________________________________________________
2.   _________________________________________________
_________________________________________________



Bahan Bantu Belajar Menggunakan Scribd.

http://www.scribd.com/doc/75497227/PENYAKIT-TIDAK-BERJANGKIT?secret_password=13ghqgul8ycw1bfvg0hw


    Mikroteaching




                         
    























sekian dulu.......datang lagi.
Get Your Graphic Here

Selamat Menyambut Tahun 2012